Konsep Jodoh Dan Zuriat Ramai Tak Sedar

Ramai kawan-kawan di luar sana yang masih menanti jodoh. Mana lah pergilah jodoh aku ni, silap-silap tengah jaga jodoh orang lain. Ayat itulah ramai cakap sambil mengeluh. 

Bersabarlah. Menanti jodoh ni sama seperti menanti zuriat. Insyallah rezeki itu akan datang. Ya, memang ada orang kata, jodoh ni lebih mudah cari daripada ikhtiar anak. Siapa kata? Ada orang lain pula fikir, ehhh buat anak senang je kalau dah ada suami, ada lah anak tu nanti.

Tapi kedua-duanya sama. 

Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara – Soya ...

Sebenarnya kedua-duanya adalah rezeki Allah bagi. Jodoh dan anak adalah perkara yang berbeza tapi under 1 konsep yang sama iaitu rezeki dari Allah dan rahsia Allah.

Kita tak tahu bila kita akan dilahirkan. Kita juga tak tahu bila masa yang tepat kita akan jumpa jodoh kita. Bercintalah selama mana pun, tapi hari perkahwinan tak jadi kahwin, bermaksud tiada jodoh. Sama juga dengan ikhtiar hamil sebanyak mana pun, tapi tetap tak ada rezeki zuriat.

Jadi, tak mudah untuk kita pertikaikan isu zuriat dan jodoh ini, hatta menidakkan rezeki ini dan menyalahkan takdir pun jangan sekali-kali lakukannya. Kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan jangan putus harapan.

Kepada kawan-kawan yang menanti jodoh dan zuriat, sis doakan semoga Allah dengar doa kita semua dikurniakan rezeki jodoh dan zuriat. Amin ya Rabbal Alamin.

Catat Ulasan

0 Ulasan