Perkahwinan Dikira Setuju Jika Gadis Diam? Ini Hadis Nabi Sebenarnya

Islam tidak pernah menggalakkan perkahwinan sekiranya dipaksa. Pendek kata, perkahwinan harus berlaku atas tujuan dua belah pihak. Jika sebelah pihak sahaja, perkahwinan tidak sepatutnya berlaku.

Nak bina masjib ni bukan main-main, kena tanya betul-betul pada tuan empunya hati, perasaan dan diri. Hal ini bukanlah boleh dibuat sesuka hati.

Zaman dahulu, anak gadis akan dengar cakap ibu bapa, maklumlah zaman dulu semua lelaki berguna. Zaman sekarang kena selidik asal usul betul-betul, bukan apa takut tak boleh buat suami, tetapi macam kena hempap bumi jadinya!

Opss jangan marah, yang perempuan pun sama! Lelaki pun kena selidik asal usulnya juga, takut kaki kikis, kaki boros dan kaki apa lagi? Macam-macam nak kena semak kalau diikutkan.

Kahwin Di Usia 17 Tahun, Gadis Viral Ini Ceritakan Sebab Dia ...

Dalam Islam, seseorang itu boleh dinikahi kerana:

1. Agama
2. Keturunan
3. Harta

Sama ada laki atau perempuan, inilah panduan cari jodoh sebenar. Ya, sis faham korang akan kata harta tak penting, keturunan pun tak penting sebab seseorang tu boleh berubah. Katalah apa sahaja, namun yang tetap tu memang telah ditetapkan.

Waktu sis nak kawen dulu pun tak fikir semua tu. Asal sama-sama sehati sejiwa, boleh memahami satu sama lain dan ada perasaan cinta. Ecewah. By the way, orang kata cinta kan boleh dipupuk juga. Ye ke? Mungkin, tapi tak semua. Mana tahu kan.

Kalau perempuan diam, adakah dia setuju dikahwinkan? 
Mari baca jawapan yang tepat di bawah:

Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” 

Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah. (Hadis Riwayat. Al-Bukhari)

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang gadis itu malu (untuk menjawab bila diminta izinnya dalam masalah pernikahan).” Beliau menjelaskan, “Tanda redanya gadis itu (untuk dinikahkan) adalah diamnya.” (Hadis Riwayat. Al-Bukhari)

Perkahwinan dikira setuju jika seseorang gadis tersebut diam. Tapi zaman sekarang, kalau ditanya, gadis terus cakap 'NAK'

Catat Ulasan

1 Ulasan

Warisan Petani berkata…
Berbeza gadis dahulu dengan sekarang