PENGENALAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Nama diberi Zushazrina Zulkifli, cukuplah dikenali dengan nama Rina atau Rin. Mana-mana pun boleh dipanggil. Lahir pada tahun 1992 dan telah berkahwin pada 2017. 

Pada asalnya, blog ini adalah blog personal saya yang sudah lama saya tinggalkan kerana memberi ruang penulisan pada blog Rinazul.com. Namun pada hujung June 2020, tercetusnya buah fikiran saya untuk berkongsi kisah TTC, tips dan panduan serta hal-hal berkaitan Nia Hurra di sini. 

Atas nasihat kawan baik, suka untuk saya penuhi blog ini dengan perkara yang positif. Sambil sama-sama kita menjemput rezeki, duduk sama-sama dalam positif circle dan mendapat kawan baru. 

Blog Nia Hurra ini adalah blog yang ditulis oleh saya (Rina) atas inspirasi dan didedikasikan kepada seorang bayi perempuan yang bernama Nia Hurra binti Muhammad Ashraf, mungkin masih berada di Syurga, tertulis di Luh Mahfuz menjadi milik saya. Pastinya saya sendiri tidak tahu sama ada si dia adalah rezeki anak buat saya di dunia ini ataupun di akhirat kelak. Wallahualam. 

Tujuan saya hidupkan kisah TTC dan harapan untuk mendapatkan Nia Hurra di sini adalah untuk memberi semangat kepada kawan-kawan diluar sana yang juga masih ikhtiar untuk mempunyai zuriat, untuk diri sendiri lebih positif, redha dan terus yakin dengan kekuasaan Allah SWT. Insyallah.  


Catat Ulasan

0 Ulasan