10 Cara Bahagiakan Rumah Tangga Tanpa Zuriat

Tiada zuriat normal. Bukan kita sahaja tapi ramai orang di muka bumi ini belum dikurniakan zuriat lagi. Memang kita rasa down dan sedih, tapi percaya pada kuasa Allah.

Jangan persoalkan, kenapa, bila dan sebagainya. Sesungguhnya Allah jadikan setiap satu perkara itu penuh hikmah. Hujan untuk tumbuhkan pohon. Panas untuk suburkan pokok.

Tapi, bahagiakah rumah tangga tanpa zuriat? 

Ya. Kerana Allah yang pilih kita dengan dugaan ini. Tapi Allah beri kita keistimewaan lain. Sedarkah kita, suami kita memang sayang gila kat kita, lebih kuat sayang dia kepada kita sehingga kalah perasaan sayang kita kat dia.

Alhamdulillah hampir 4 tahun berkahwin tanpa dikurniakan zuriat lagi, Allah berikan kebahagiaan luar biasa buat saya. Saya percaya Allah pun beri kebahagiaan luar biasa buat anda juga.

Mungkin asbabnya kerana beberapa perkara yang kita buat inilah yang mencipta kebahagiaan kita saban hari. 

Jom lihat 10 cara bahagiakan rumah tangga tanpa zuriat.

1.  Sering Habiskan Masa Bersama Suami/Isteri


Disebabkan belum ada zuriat, ke mana pun kita tetapkan bersama pasangan kita. Elakkan keluar seorang diri kerana itu akan membuatkan kita kesunyian dan mula memikirkan kata-kata makcik bawang.

2.  Sibukkan Diri Dengan Perkara Berfaedah


Jika kita minat berbisnes, buatlah. Jika kita bekerja di luar, dah tentu kita sibuk dan sibukkanlah lagi diri untuk menghiburkan hati kita. Boleh juga buat hobi kita seperti berblogging, main catur, mengait, berkebun dan sebagainya.

3.  Bincang Dengan Suami


Sebelum tidur, ambil masa untuk berbincang dengan suami hal yang menyeronokkan.  Boleh juga kalau nak sembang bab zuriat, tetapi positifkan hati dan minda masing-masing. Selalunya isteri yang terlebih emosi, suami tak kisah sangat pun kita ni macam mana.

4 Hal Mengapa Penting Pelukan Setiap Malam bagi Suami-Istri ...

4.  Syukur Banyak-Banyak


Syukur banyak-banyak sebab Allah berikan kita suami yang sangat faham dan sayang kita. Dia tak kisah pun kita belum hamil. Dia pun usaha bersama kita, tapi tak mendesak dan sangat faham, malah dia yang tenangkan kita.

Kalau keluarga mertua dan sendiri pun faham, lagilah syukur alhamdulillah. setiap masa kena syukur tau. Sebab Allah sayang kita. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

5.  Sibuk Kumpul Aset


Kerana kita bersyukur, kita faham, maka kita lihat keadaan sekeliling kita. Ramai orang ada anak tapi tak cukup wang, tak cukup nak sara anak. Mungkin ini adalah untuk kita bersedia dari segi wang dan keperluan.

Allah nak kita bersedia lebih banyak lagi. Percayalah. Kalau kita mampu sekalipun, Allah mungkin nak kita salurkan harta untuk bahagiakan mak ayah kita dahulu. Tak percaya, cuba buat dulu.

6.  Berfikiran Positif 


Apabila kita berfikiran positif, rumah tangga akan bahagia walau tanpa zuriat. Sebab once kita fikir positif, ada aura-aura positif akan melekat pada kita. Tak perlu risau, cuma rileks je. Hidup je bahagia dengan apa adanya kita.

Suami sis selalu cakap, tak berdosa pun tak ada anak. Anak tu adalah asbab kehidupan kita juga. Ada orang punyai anak, tapi anak selalu buat dosa. Ada orang tak ada anak, bersungguh nak anak, ada sebab Allah belum kurnia lagi. Bukan nak bagitau kalau ada anak, takut anak jadi jahat. Cuma, Sabar je. Perancangan Allah tu terbaik. 

7.  Selalu Pergi Bercuti 


Pergi bercuti akan membuatkan rumah tangga bahagia tanpa zuriat. Dengan bercuti, kita dapat spend time banyak dengan suami tercinta. So mestilah bahagia kan!

Image may contain: 1 person, standing, mountain, sky, outdoor and nature

8.  Selalu Shopping Untuk Reward Diri


Yes, sebenarnya shopping adalah kepuasan bagi para wanita. Selalu shopping untuk reward diri tak ada masalah sebab ia adalah cara bahagiakan rumah tangga tanpa zuriat. Yang bermasalahnya kalau korang shoping tak ingat dunia dan tak buat simpanan!

9.  Ikhtiar Sama-Sama 


Kalau nak zuriat, ikhtiar sama-sama dengan suami. Sebaiknya pergi hospital untuk check kesuburan antara suami dan isteri. Jangan isteri je yang nak kena ikhtiar sorang-sorang. Walaupun masalah haid dan sebagainya perempuan yang ada, tapi cara untuk bahagiakan rumah tangga tanpa zuriat, suami pun kena buat sama-sama. Barulah namanya support each other.


10.  Selalu Solat Bersama Dan Berdoa


Titipkan doa untuk memperoleh anak yang soleh solehah tiap kali lepas solat. Seeloknya dan disarankan untuk solat berjemaah bersama-sama. Buatlah selalu. Pasti rumah tangga akan bahagia walaupun tanpa zuriat lagi.

Banyakkan bersabar, fikirkan perkara positif. Yang baik-baik akan datang kepada kita. Insyallah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Warisan Petani berkata…
SEmoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu masa nanti.