Tudung kanak-kanak Murah Online | Mudah, Lembut, Selesa, Murah Serendah RM9.90

"Di mana ya nak dapatkan tudung kanak-kanak yang murah secara online?"
Kalau beli online, kena pastikan ia benar-benar berkualiti dan cantik! Yang penting
selesa untuk anak-anak. Janganlah indah khabar dari rupa pula kan!


Tudung kanak-kanak Murah Online |
Mudah, Lembut, Selesa, Murah Serendah
RM9.90



Dewasa ini, tudung kanak-kanak murah jarang didapati dalam pasaran.
Mana tidaknya, tudung kanak-kanak sekarang mahalnya sama seperti
tudung dewasa, ada pula sudah mencecah RM50 dan RM100 ke atas.
Sekadar untuk anak-anak mula belajar memakai tudung serta memakai
berkualiti pastinya menjadi pilihan anda.

Tudung Kanak-Kanak Murah Online di Malaysia
Anda pasti tercari-cari tudung kanak-kanak murah kan? Di butik atau pasar
malam sekalipun, belum tentu boleh dapat harga serendah RM10 untuk tudung
kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada tudung instant shawl, tudung sarung
atau tudung sekolah kanak-kanak, kini anda boleh dapatkannya secara murah
dan online sahaja di Malaysia.

Tudung Si Comel | Tudung Kanak-Kanak Murah Online



Tudung Si Comel adalah pembekal tudung kanak-kanak terbesar di Malaysia
yang menawarkan jual beli tudung kanak-kanak murah secara online. Tudung
kanak-kanak pelbagai saiz dan design ini menjadi pilihan ramai ibu bapa dalam
memilih tudung kanak-kanak terbaik untuk anak mereka.  Hebatnya, tudung
kanak-kanak jenama Tudung Si Comel ini sangat murah serendah RM9.90
sahaja.

Ciri-Ciri Tudung Si Comel

Material Tudung Berkualiti


Tudung Si Comel diperbuat daripada jenis kain yang sangat berkualiti dan
eksklusif untuk dipakai. Material kain yang berkualiti menjadikan tudung
tersebut nampak lebih cantik, kemas dan selesa.



Tidak Panas Dan Tidak Licin



Cuba bayangkan kalau anak-anak pakai tudung yang licin dan mudah terasa
panas. Pasti tudung akan menjadi tidak terduduk tetap kerana licin dan sering
bergerak.  Anak anda pasti tidak selesa dan terasa penas. Tudung Si Comel
tidak terlalu licin dan tidak panas setelah memakainya.


Pelbagai Design Terkini



Tudung Si Comel mempunyai pelbagai design terkini yang menarik dan cantik.
 Anda pasti terpegun melihat kecomelan anak anda menggayakan Tudung Si
Comel. Anda juga boleh memilih design tudung mengikut kesesuaian aktiviti
untuk anak anda.

Jenis-Jenis Tudung Si Comel Yang Dijual Online

Terdapat banyak jenis Tudung Si Comel yang dijual secara online dengan murah
dan berpatutan.  Anda boleh dapatkan pelbagai tudung untuk semua aktiviti
yang bersesuaian dengan anak anda seperti tudung untuk ke sekolah,
bersantai, bersukan, berjalan-jalan dan sebagainya.

Instant Shawl Marissa
Instant Shawl Marissa adalah tudung selendang instant shawl yang dihasilkan
daripada material jenis Mose Crepe Lembut.  Tudung instant shawl Marissa
yang dihiasi dengan corak kupu-kupu dan boleh dipakai bersama awning hitam
yang berbentuk ini sangat mudah dan cantik dipakai oleh kanak-kanak.  
Keselesaan mereka sangat terjamin dimana mereka tidak perlu memakai
kerongsang sekalipun. Ia sesuai dipakai oleh kanak-kanak yang berumur 5
hingga 8 tahun.

Instant Shawl Kupu-kupu

Instant Shawl Kupu-Kupu adalah instant shawl kanak-kanak yang diperbuat daripada material Cotton Prada Original yang lembut dan ia telah dihasilkan dalam dua jenis warna yang berbeza mengikut reka bentuknya.  Instant shawl kupu-kupu ini sangat mudah dipakai dan disarungkan tanpa pin, malah selendang selesa ini amat mudah digosok. Anda boleh mendapatkan pelbagai saiz Instant Shawl Kupu-Kupu ini bagi anak anda yang berumur 2 hingga 12 tahun.

Instant Shawl Buble



Instant Shawl Buble menampilkan kain jenis buble yang amat berkualiti dan sedap dipakai.  Ia tidak perlu digosok, mudah dibasuh dan dikeringkan. Kain tudung ini tidak jarang dan berat tetapi terasa ringan sahaja dan membuatkan kanak-kanak boleh memakainya pada siang hari tanpa rasa berat dan panas.  Seperti biasa, anak anda tidak perlu memakai pin dan boleh memakai inner tudung untuk lebih kemas.


Instant Shawl Aina



Instant Shawl Aina juga diperbuat daripada material fabrik jenis buble.  Terdapat pelbagai corak dan warna pilihan yang menarik untuk anda. Ciri design yang berjuraian di sebelah kanan tudung merupakan style yang cantik dan menarik untuk anak anda bergaya.  Saiz labuh tudung boleh dikemas mengikut kemahuan labuh anda. Untuk pengetahuan anda juga, instant shawl Aida sesuai digayakan untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun.



Shawl Madeena

Tudung Meedina adalah tudung sarung kanak-kanak ala-ala shawl dan tudung yang mudah dipakai dengan awning yang sekali jahit dengan tudung serta dihias dengan corak bunga-bungaan dan lain-lain lagi corak yang ceria.  Tudung Meedina menggunakan kain jenis Cotton Prada yang Original yang sangat lembut dan selesa dipakai. Saiz bagi tudung Meedina terdiri daripada saiz 4 tahun sehingga 9 tahun.

Shawl Marshmellow

Tudung Marshmallow sangat ringkas dan boleh dipakai untuk aktiviti rutin harian anak anda.  Ia mudah dibasuh dan dipakai kerana anda perlu sarungkan sahaja dan ia akan melekap dimuka dengan selesa. Awningnya juga akan terduduk rapi di atas kepala.  Dengan corak riben menarik dan mempunyai 10 koleksi pilihan warna, tudung ini juga boleh anda dapatkan dengan saiz dari 1 hingga 15 tahun.

Tudung Sekolah Soft Awning



Tudung sekolah soft awning adalah tudung ringkas yang boleh digayakan oleh semua kanak-kanak. Hanya sarung sahaja seperti tudung sekolah, ia sangat mudah dan selesa dipakai. Awning dikepala sangat lembut dan terletak elok. Tudung sekolah awning ini juga dihasilkan daripada fabrik jenis Lycra Korea yang sejuk dan lembut dengan pelbagai pilihan saiz dan warna. Anda boleh mendapatkan warna putih seperti tudung sekolah dan juga warna lain seperti hitam, biru, merah, hijau dan lain-lain lagi.

Tudung Sekolah Putih


Tudung sekolah putih boleh dijadikan tudung untuk anak anda pakai ke sekolah dengan selesa dan mudah. Ia juga dihasilkan daripada kain lycra korea yang sejuk, lembut dan sangat berkualiti. Sama seperti tudung lain, tudung sekolah putih ini terdiri daripada pelbagai saiz seperti Ss, S, M dan L.


Tudung Sekolah Rejek Kilang



Tudung sekolah rejek kilang adalah tudung kanak-kanak yang telah mengalami sedikit ketidaksempurnaan dari segi jahitan kurang kemas semasa dijahit di kilang tetapi ia masih elok untuk dipakai.  Tudung sekolah rejek kilang ini dijual dengan harga serendah Rm9.90 sahaja. Untuk pengetahuan anda, tudung ini boleh dipakai oleh anak-anak untuk melakukan aktiviti santai, sukan dan sebagainya. Dengan pelbagai pilihan warna, saiz dan harga yang murah, tudung sekolah rejek kilang ini juga mendapat permintaan ramai dalam kalangan ibu bapa.


Kelebihan Tudung Si Comel

1. Jaminan 180 Hari


Jaminan 180 hari diberikan untuk semua jenis tudung si comel.  Setiap tudung
yang dibeli boleh ditukar dalam tempoh tersebut tetapi kos penghantaran
haruslah ditanggung oleh pelanggan sendiri.
2.  Pelbagai Saiz Untuk Anak Anda
Tudung Si Comel boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu SS, S, M dan L.  Ia boleh dipakai seawal usia 3 tahun sehingga umur mencecah 15 tahun atau 17 tahun. Anda boleh melihat maklumat saiz  tudung anak anda di laman web Tudung Si Comel.



3.  Mudah Dipakai
Tudung Si Comel sangat mudah dipakai dengan cara anak anda hanya perlu
sarung sahaja tanpa memakai pin ataupun kerongsang.  Bagi tudung instant
shawl pula, anak anda tidak perlu membelit-belit tudung tersebut tetapi hanya
perlu dipakai sarung seperti biasa, corak dan design tudung sudah terletak
cantik dan mudah.
4.  Material Tudung Yang Berkualiti
Tudung Si Comel dihasilkan daripada material atau fabrik kain tudung yang
berkualiti dan selesa.  Salah satunya adalah kain Lycra Korea yang lembut,
gebu dan sejuk setelah anda memakainya. Keselesaan yang tidak terlalu panas
ini menjadi anak-anak anda amat suka memakai tudung si comel.
5.  Pelbagai Design, Warna dan Corak Tudung Si Comel
Tudung Si Comel terdiri daripada pelbagai jenis warna untuk setiap design dan
corak. Anda boleh melihat di laman web Tudung Si Comel untuk tudung-tudung
yang menepati citarasa anda dan anak anda. Malah, ia boleh dipadankan
mengikut apa sahaja pakaian yang anda inginkan.
Pakaian Lain Yang Boleh Anda Dapatkan Di Tudung Si Comel
Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk atau pakaian lain di Tudung Si Comel seperti baju muslimah, baju kurta, telekung dan lain-lain lagi.  Adalah lebih mudah dan senang untuk anda shopping secara online di Tudung Si Comel kerana anda boleh mendapatkan apa sahaja dengan mudah dan sekaligus, tak perlu cari di kedai online lain lagi.  Mari kita lihat pakaian lain yang dijual di sini.
Telekung Kanak-Kanak


Jubah

Baju Muslimah
Pakaian Renang
Baju Sekolah

Kurta


Jom Dapatkan Tudung si Comel Segera!
Ramai ibu bapa yang sangat berpuas hati dengan tudung kanak-kanak murah online yang dijual di Tudung Si Comel serendah RM9.90 ini.  Tekstur fabrik kain yang selesa, lembut dan cantik memberi keseronokan kepada anak anda untuk memakai tudung dan baju muslimah kanak-kanak.  Begitu mudahnya untuk kita melentur buluh daripada rebungnya, dengan adanya Tudung Si Comel yang sangat mudah, lembut dan selesa ini, anak anda akan seronok memakai tudung! Anda juga boleh dapatkan secara murah terus di Tudung Si Comel.







Catat Ulasan

0 Ulasan